SELAMAT HARI LAHIR ISTERIKU
Kehidupan dipandu lurus dari awal hingga akhir, dari A hingga Z.
Siratul mustaqim sentiasa didambakan.
Hanya mengharap keredhaan Allah serta rahimNya.
Mentiti hidup dimakan usia.
Umur bertambah tempoh hidup berkurang.
Sehingga datang seruan istimewa.
Kita akhirnya kembali jua kepadaNya.
29-01-2010,
Wahai, isteriku yang tercinta.
Yang disayangi sentiasa kerana Allah semata-mata.
Di kesempatan ini, tarikh ini, hari Jumaat ini,
daku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buatmu.
Semoga dikau beroleh gembira dan bahagia.
Diberkati hidupmu oleh Allah dalam naungan rahmat dan redhaNya.
Semoga dikau menjadi insan mulia.
Bahagia di dunia, di akhirat jua..



