Ahlan wa sahlan ya Ramadhan
Bulan Ramadhan bulan yang berkat,
Bulan rahmat dan bulan puasa,
Pahala digandakan doa diterima,
Malam al-Qadar (Lailatul Qadar) yang istimewa...
RAMADHAN KARIIM...
Takbir!
"Allahu akbar!!"
"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab"
Bulan Ramadhan bulan yang berkat,
Bulan rahmat dan bulan puasa,
Pahala digandakan doa diterima,
Malam al-Qadar (Lailatul Qadar) yang istimewa...
RAMADHAN KARIIM...
Posted by Abdul Halim Hakimi bin Hussein at 11:55:00 AM 0 comments
Labels: IBADAH
Posted by Abdul Halim Hakimi bin Hussein at 3:57:00 AM 0 comments
Labels: IBADAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah, sukacitanya saya menjemput dan mengundang saudara-mara, ustaz ustazah, sahabat2, abg2, kakak2, dan adik2 sekalian ke majlis kesyukuran perkahwinan (walimah) saya, Abdul Halim Hakimi dengan Noor Fakhryyah, pada 4/12/09=Jumaat (rumah Fakhryyah) & 5/12/09=Sabtu (rumah Halim).
Alamat rumah pengantin perempuan:
6302, JLN BUKIT DURIAN,
KG PDG AIR, 21060 K/TRG,
TRG.
Alamat rumah pengantin lelaki:
LOT 9254, KG SG PINANG,
CHALOK, 21450 SETIU,
TRG.
Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis (walimah) kami ini.
Sila rujuk kad undangan dan peta di bawah ini:



Posted by Abdul Halim Hakimi bin Hussein at 10:55:00 AM 0 comments
Labels: IBADAH, PERKAHWINAN
Posted by Abdul Halim Hakimi bin Hussein at 11:22:00 AM 0 comments
Sedekah Pemangkin Kesejahteraan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Daripada Abu Hurairah r.a:Rasulullah SAW bersabda:Setiap sendi di tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari. Kamu melakukan keadilan antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah."
Konsep SedekahSedekah adalah memberi sesuatu yang bernilai kepada seseorang yang memerlukannya. Sedekah bukan sekadar memberi bantuan material seperti barangan berharga, wang ringgit, tetapi merangkumi amalan yang bermanfaat kepada seseorang, masyarakat dan negara.
Kesan Amalan Sedekah
Individu:
Mendapat ganjaran pahala
Dikasihi oleh masyarakat
Jasanya dikenang sepanjang zaman
Keluarga:
Mewujudkan keluarga bahagia
Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
Dapat menyelesaikan masalah ekonomi antara sanak saudara
Masyarakat:
Melahirkan masyarakat penyayang
Menaikkan imej masyarakat islam
Mampu mengumpul dana untuk membantu golongan yang memerlukan
Adab Bersedekah
Ikhlas tanpa mengharapkan balasan
Tidak mengungkit-ungkit sedekah yang diberikan
Menunjukkan muka yang manis semasa menghulurkan sedekah
Bersedekah daripada sumber yang halal dan terbaik
Kesan amalan bersedekah kepada pemberi dan penerimanya
Kesan kepada pemberi :
1. Mendidik diri menjadi seorang yang pemurah.
2. Membersih diri daripada sifat tamak dan sayangkan harta.
3. Memberi rangsangan dan dorongan ke arah mempertingkatkan pendapatan agar dapat terus bersedekah.
Kesan kepada penerima :
1. Hilang perasan tidak puas hati dan dengki terhadap orang kaya.
2. Memberi dorongan ke arah berdikari dalam mempertingkatkan taraf hidup.
3. Agar penerima sedekah bersama-sama mengecapi nikmat pemberian Allah SWT.
Posted by Abdul Halim Hakimi bin Hussein at 4:32:00 PM 1 comments
Labels: IBADAH
Posted by Abdul Halim Hakimi bin Hussein at 4:31:00 PM 1 comments
Labels: IBADAH
© Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP