Tuesday, December 28, 2010

HARAM PAKAI BAJU MENYAMAI SANTA CLAUS!!


Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

2010/12/24

JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.

Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu.


Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.


Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya...

Semoga ianya dapat menjadi panduan kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia ini. TQ

Read More..

WANITA OH WANITA


Assalamualaikum semua...

Pada kali ini, saya akan berkongsi satu info yang dihantarkan ke emel saya. Kandungan emel tersebut adalah sebagaimana berikut:


=> FORWARDED EMAIL (23/12/2010)

Aku nak tergelak bila baca kisah kenapa ramai lelaki Malaysia suka berkahwin wanita Indonesia terutama dari Sumatera dalam Utusan Malaysia hari ini… Bukan apa, selama ini aku selalu baca kisah kenapa ramai wanita Malaysia pilih lelaki Barat…kononnya romantik dan pelbagai konon lagilah.

Aku juga selalu baca bagaimana wanita Malaysia selalu hentam lelaki Malaysia, juga kerana pelbagai sebab dan konon.

So, artikel mengenai wanita Indonesia dalam paper hari ini membuatkan aku tersenyum sendiri, aku pasti, ramai wanita kita akan rasa PANASSSSS bila baca artikel tu bagi aku macam nilah, kalau aku perempuan Malaysia pun, aku tentu akan rasa sakit hati juga, tetapi apakata cuba luangkan masa sejenak untuk renungkan perkara ini, hujah yang diperkatakan mungkin betul, mungkin juga tidak, subjektif kot kekadang dalam kita memperkatakan mengenai ego kita, adakalanya kita kena juga bersifat terbuka.


Kalau selama ini hanya lelaki dipersalahkan, apa salahnya kaum wanita juga merenung kelemahan diri sendiri kata orang YANG PAHIT ITULAH PENAWAR.

Oh ye, kat bawah ni aku copy pastekan isi penting artikel yang dimaksudkan… Jangan marah!

Ini kata Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia , Khairudin Harahap:
Sifat penyabar terhadap suami yang pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti dimiliki wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia mudah tertawan dengan mereka.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, kebanyakan lelaki Malaysia tertarik dengan layanan yang lebih baik yang mampu diberikan oleh wanita Sumatera itu berbanding wanita Malaysia.

“Contohnya, kawan saya sendiri berkahwin dengan wanita Sumatera, isterinya tidak kisah suaminya pulang lewat malah akan diberi layanan yang sangat baik tanpa perasaan marah dan ragu-ragu walaupun ditinggalkan sehingga lewat malam.

“Selain itu, wanita Indonesia tidak akan meninggalkan suami yang makan di meja makan seorang diri, perkara itu akan berterusan walaupun mereka telah lama berkahwin. Ini merupakan adat budaya wanita Indonesia dari dahulu lagi,” katanya.

Ditanya, apakah kelebihan wanita dari Sumatera sedangkan ada antara mereka tidak berpelajaran tinggi? Menurut Khairuddin, mereka terkenal dengan rupa paras yang cantik.

“Saya dapati kerana kecantikan mereka itu, lelaki negara ini tidak putus-putus pergi ke Medan , Indonesia terutama hari Jumaat dan pulang pada hari minggu.

“Berdasarkan maklumat, kebanyakan mereka yang pergi ke sana untuk bermain golf tetapi kemudiannya secara tidak langsung tertawan dengan kecantikan wanita di sana,” ujar beliau

Ini kata Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran:

Layanan mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca yang menyebabkan ramai lelaki tempatan ‘cair’ terhadap wanita Indonesia.

Sedangkan wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami.

Shatar berkata, perkara itu menyebabkan kaum lelaki di negara ini memilih wanita seberang kerana persepsi mereka yang masih bersifat tradisional dan konservatif dalam rumah tangga termasuk inginkan perhatian dan layanan.

“Kehendak yang tidak berpadanan ini telah menyebabkan lelaki Malaysia beralih kepada wanita seberang kerana lelaki kita masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lampau. Sedangkan visi wanita kita lebih kepada kerjaya dan masa depan.

“Jadi untuk memenuhi kehendak itu maka mereka beralih kepada wanita seberang kerana mereka masih mempunyai pemikiran seperti wanita kita 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh,” katanya

Justeru, Shatar yang juga pensyarah Sains Kemasyarakatan menasihatkan wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami. <= Sama-samalah kita fikirkannya dan ambil pengajaran yang baik. Sekian, terima kasih. Wassalam.

Read More..

Friday, December 17, 2010

HILANGKAN STRESS ANDA...

bO



Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada en. Joy Runner atas kiriman emel ini. Saya kongsikan dengan para pembaca sekalian..

Lawak king.....
Semoga terhibur....
Release tentionnnssss..

LAWAK 1

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas

"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? "
(bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak

LAWAK 2

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak
bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

LAWAK 3

Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.

Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"
Thank you

LAWAK 4

SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.
POLIS : Ha....kenapa disambar petir pun tersenyum?
PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya

LAWAK 5

Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".
"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.

Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju. "Tiga orang wanita makan aiskrim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskrim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskrim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskrim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"

Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".

"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.

LAWAK 6

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

LAWAK 7

Satu hari, Atan dan Mael pergi berburu di pinggir hutan. Malangnya belum sempat dapat habuan, Mael diterkam pak belang. Atan yg terkenal kerana kelam kabutnya terus berlari ke balai polis

Atan: sss..sssee..selamat pagi tuan..

Polis:selamat pagi..apa hal tercungap2 ni.

Atan:ssa...saayyaa nak buat report tuan..

Polis:report pasal apa?

Atan:pasal kawan saya dibaham harimau

Polis:ha! dibaham harimau? pukul berapa?

Atan:tak...dia tak dipukul..dia diterkam..

Polis:habis..?

Atan:tak habis tuan,tinggal kepala...

LAWAK 8

Antara loghat utara
dgn loghat pantai timur,
yg mana lebih munasabah?
jawapannya loghat pantai timur..
cuba perhatikan dialog di bawah..

bahasa malaysia standard:"dia pergi ke rumah jiran
utk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

loghat utara:"dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

loghat pantai timur:"dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"

Kesimpulan:tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe..

LAWAK 9

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah... bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie.... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

LAWAK 10

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dan dia hanya ada 70 sen semasa itu. Kemudian pemuda itu bertanyakan kepada mamak berapa harga teh tarik panas dan sejuk. Lalu mamak menjawab "Panas 70 sen" dan "Sejuk RM 1.20". Pemuda meminta satu teh panas.

Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum tanpa berlengah-lengah lagi. Mamak bertanya lagi kepada pemuda itu kenapa minum begitu cepat. Pemuda itu pun menjawab "kalau saya tunggu lama-lama nanti sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20". Mamak tu pun tercenggang-cengang..

honkhonkhonkkkk

LAWAK 11

Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

LAWAK 12

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.

honkkhonkkhonkk

LAWAK 13

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun
cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir
temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir
adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan
gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"

LAWAK 14

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor , datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina , Burma , Vietnam , semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi. "Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

LAWAK 15

Pada satu masa dahulu ..
Ader sekor monyet
Dia tersangatlah pandainya ..
Disebabkan kepandaian yang ada pada dirinya
Dia telah menciptakan satu alat
Alat itu dinamakan ..KOMPUTER..

Bila monyet nie mati..
Kebijaksanaan beliau telah diturunkan kepada anaknya
Disebabkan komputer itu diwasiatkan kepada anaknya
Anak monyet itu pun mencipta apa yang dipanggil .. INTERNET..

Bila cucu kepada monyet itu dewasa ..
Dia pun tertarik dengan komputer dan internet ..
Dia pun mulalah mencipta apa yang kita panggil ..EMAIL..

Tetapi cicit monyet tersebut lain plak kisahnya..
Dia ni dahlah bengap.. bodoh.. bangang.. tolol.. bengong..
Disebabkan kebodohan dan ketololan tersebut..
Beliau tak tahu nak mencipta ape-ape
Kecuali membaca email..dan segala ape yg terkandung di dalam internet serta terpapar di screen komputer
Contohnya dia sekarang tengah baca cerita nie. hehehhehehehe

TAK PENAT KE KORANG GELAK? GI BUAT KERJA LA

Harap maaf sekiranya ada yang tersinggung. Ini adalah koleksi emel lawak yang telah dikirimkan kepada saya. SELAMAT MAJU JAYA!

Read More..

Sunday, October 24, 2010

DURIAN BELANDA PENAWAR KANSER!

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?


Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.


Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.


Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan SEGALA JENIS KANSER. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.


Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buahnya ini :
  1. Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
  2. Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
  3. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
  4. Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
  • Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
  • Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
  • Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh di hutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan!


Tapi kisah Graviola hampir berakhir di sini. Kenapa?

Di bawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat
adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahawa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, di mana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mothers milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Read More..

Tuesday, March 16, 2010

"Subhanaka, ya Allah.."

OPEN YOUR EYES



Look around yourselves, can't you see this wonder,
Spreaded in front you, the clouds floating by,
The skies are clear and blue, planets in the orbits,
The moon and the sun, such perfect harmony,
Let’s start question in ourselves, isn’t this proof enough for us?,
Or are we so blind, to push it all aside..?,
No…
We just have to open our eyes, our hearts and minds,
If we just look bright to see the signs, we can’t keep hiding from the truth,
Let it take us by surprise,
Take us in the best way, guide us every single day,
Keep us close to You, until the end of time,
Look inside yourselves, such a perfect order,
Hiding in yourselves, running in your veins,
What about anger, love and pain?,
And all the things you’re feeling,
Can you touch them with your hands?, so are they really there,
Let’s start question in ourselves, isn’t this proof enough for us?,
Or are we so blind, to push it all aside..?,
No…
We just have to open our eyes, our hearts and minds,
If we just look bright to see the signs, we can’t keep hiding from the truth,
Let it take us by surprise,
Take us in the best way, guide us every single day,
Keep us close to You, until the end of time,
When a baby’s born, so helpless and weak,
And you’re watching him growing,
So why deny.. What’s in front of your eyes,
The biggest miracle of life..
We just have to open our eyes, our hearts and minds,
If we just look quiet we'll see the signs, we can’t keep hiding from the truth,
Let it take us by surprise,
Take us in the best way, guide us every single day,
Keep us close to You, until the end of time,
Open your eyes and hearts and minds,
If we just look bright to see the signs, we can’t keep hiding from the truth,
Let it take us by surprise,
Take us in the best way, guide us every single day,
Keep us close to You, until the end of time,
Allah.. You created everything,
We belong to You,
Ya Robb we raise our hands,
Forever we thank You…

-Thank You, Allah-
By Maher Zain

Sama-samalah kita renungi lagu dan peristiwa ini..

Read More..

Friday, January 29, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ISTERIKU

Indahnya hidup bersemikan al-Qur'an bersendikan al-Hadith.
Kehidupan dipandu lurus dari awal hingga akhir, dari A hingga Z.
Siratul mustaqim sentiasa didambakan.
Hanya mengharap keredhaan Allah serta rahimNya.

Mentiti hidup dimakan usia.
Umur bertambah tempoh hidup berkurang.
Sehingga datang seruan istimewa.
Kita akhirnya kembali jua kepadaNya.

29-01-2010,
Wahai, isteriku yang tercinta.
Yang disayangi sentiasa kerana Allah semata-mata.
Di kesempatan ini, tarikh ini, hari Jumaat ini,
daku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buatmu.
Semoga dikau beroleh gembira dan bahagia.
Diberkati hidupmu oleh Allah dalam naungan rahmat dan redhaNya.
Semoga dikau menjadi insan mulia.
Bahagia di dunia, di akhirat jua..
-Suamimu sayang.

Read More..

Doa Solat Istikharah


"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Read More..

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP